Monday 2 July 2012

Berhargakah Setitis Air Mata Ibu ???

Hallo guys panjang jugak umur Tengku kerana dapat melahirkan sebuah lagi entry yang penuh bermakna bagi kita semua , Tengku bukan nak berseniteron 630 episode ala ala indonesia ya dekat sini tapi ingin meluahkan perasaan seorang ibu yang banyak berjasa pada kita semua walaupun perkataan IBU , MUMMY , MOM , UMMI , Dan EMAK tue pendek tapi maksudnya sungguh mendalam bagi seseorang yang bergelar PEREMPUAN@WANITA BUKAN BETINA lain maksudnya disitu :) ...

Tak semua perempuan sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang IBU sebab ape tak sanggup sebab mereka lebih mementingkan kerjaya dari keluarga . MALANG kepada lelaki yang dapat perempuan macam tue . Berbalik kepada tajuk entry kali nie , kenapa saya cakap air mata IBU sangat mahal ??? nak tahu ??? susah nak dapat ibu yang betul betul ambil berat tentang kita kerana setiap kali selepas SOLAT Tengku always lihat My MUMMY menangis sewaktu mintak doa kepada YANG MAHA ESA .. Jangan cakap Tengku anak derhaka ok .. sebab kita tak tahu apa yang diminta ibu kita :) . Air Mata ibu kita ada kuasa tau yang membolehkan kita jadi ANAK DERHAKA .. Sekali Air Mata ibu kita jatuh kebumi disebabkan dia kesal dengan kita , kita terus jadi Anak Derhaka . Tengok bertapa kuasanya air mata ibu kita ... Tapi orang zaman sekarang bagi die orang tak penting IBU JADI NO 2 KEKASIH NO 1 dia ingat kekasih tue kot yang mengandungkan die 9 bulan . Dia tak tahu ker yang semasa ibu melahirkan kita , IBU kita 50-50 hidup atau mati ... Dah besar dia pijak kepala ibu dia maki and hina ibu dia yang sudah uzur lagi tak bermaya ... Bayangkan kalau ibu kita tahu perkara itu akan terjadi mesti waktu kita dalam perut ibu , ibu kita makan banyak nenas sebab nak gugurkan kandungannya sebab die tak sanggup anaknya jadi anak DERHAKA ... Tapi apa boleh buat semua tue kuasa ALLAH S.W.T .. Ibu kita terpaksa akur tapi walaupun dihina dimaki dia tetap bersabar dan tahan air mata supaya jangan jatuh kebumi . IBU mana nak anaknya jadi anak DERHAKA ??? cuba citer ada kerr ??? tak ada kan .. Kita marah kalau Ibu kita yang uzur lagi tak bermaya nak bangun suruh buang najisnya . Tapi pernah tak kita ingat waktu kita kecik kecik dulu siapa yang buang najis kita ??? hantu ?? Ibu kita yang buangkan di sanggup tahan bau najis yang baunya hanya ALLAH jer tahu ... Cuba kita renung renung kan dekat rumah orang orang tua sekarang nie ramai parent yang ada anak tapi mereka hantar ibubapa mereka dekat situ sebab tak larat nak jaga mereka yang banyak merungut ... Boleh dikatakan anak yang TAK KENANG JASA . Sewaktu kita kecil kita merungut nak susu , walaupun ibu kita busy tapi die tetap buatkan susu untuk kita .. Kalau lar ibu kita tahu yang dia akan dihantar ke rumah orang orang tua sebab alasan kuat merungut mesti waktu kita kecik die suruh kita sendiri pergi buat susu sendir ... Harap harap perkara tersebut tidak berlaku pada kita semua  Nauzubillah min zalik .... Kepada sesiapa yang baca entry Tengku kali nie hope u guys sedar dan kembali kepangkal jalan . Walau apa apa pon yang Tengku tulis , Tengku akan ambik sedikit sebanyak untuk diri Tengku :) tak guna kalau kita tulis untuk orang lain tapi diri sendiri tak ambik iktibar dengan apa yang kita tulis :) Pesanan terakhir Tengku untuk entry kali nie hope sangat sangat u guys jumpa your mum and mintak maaf atas segala yang pernah kita lakukkan secara tak perasan atau pun yang kita perasan . Buat dengan hati yang ikhlas kerana dengan hati yang ikhlas pasti ALLAH mengampunkan segala dosa kita kepada ibu kita . Ingat syurga seseorang anak terletak ditelapak kaki ibunya  :) IBU IBU ENGKAULAH RATU HATIKU 




SEGALANYA BERMULA DENGAN WANITA YANG KU PANGGIL IBU :)