Friday 6 July 2012

Usah Ratapi Pemergianku ...

Assalamualaikum guys , tak jawab balik dosa :) USAH DI RATAPI PEMERGIANKU tajuk entry yang sangat mendalam bagi sesiapa yang ditinggalkan oleh seseorang tak kira berpisah hidup ataupun pergi tinggalkan kita buat selama lamanya ... Sebenarnya entry kali nie khas buat parents and kawan kawan tak lupa juga pada CRUSH Tengku kerana tak lama lagi kita akan berpisah hanya untuk sementara waktu .. Jangan salah sangka Tengku pergi bukan untuk selama lamanya tapi hanya 3 tahun jer kot but kita still boleh jumpa jika Tengku free dalam masa 3 tahun tue :) Datang lar dekat PERLIS kalau nak jumpa . Jauh kan ?? memang jauh , kenapa larr duduk dekat KL dapat belajar dekat PERLIS .. Mai chek nak habaq kat hampa semua , nak buat lagu mana kan *pandai tak cakap bahasa utara :) semua telah di atur oleh Tuhan yang satu . Kite terima dengan seadanya :) yang pasti seumur hidup Tengku , tak pernah berpisah dengan parent walau 1 hari . Sebab kalau berpisah mesti air mataku yang umpama mutiara dilaut China Selatan akan mengalir tanpa disedari ... Itu perkara biasa bagi kita semua , ye larr orang tengah sedih pasti air mata mengalir tanpa kita tahu .. Sebelum Tengku cerita panjang lebar hope u guys boleh terima blog nie dengan seadanya :)


USAH DI RATAPI PEMERGIANKU mesti korang tertanya tanya kenapa Tengku buat entry tajuk nie .. kan ?? mengaku jer larr :) haha sebenarnya mummy Tengku , apabila Tengku cakap nak berpisah dengan mummy Tengku die terus mengalirkan air mata . Walaupun nak mengelak tak nak bagi Tengku nampak tapi Tengku still boleh perasan lagi ... Tengku pon rasa macam nak mengalir air mata jugak tapi Tengku nie jenis susah nak mengalirkan air mata depan orang tak kira lar depan parent or kawan kawan . Tak percaya cakap dengan kawan kawan Tengku , die orang tahu Tengku nie jenis macam mana . Kalau die orang cakap kuat marah hahah memang betul pon . Tengku memang suka marah orang bak kata orang marah macam angin timur laut . Tak ada kilat guruh tetiba dengar suara orang tengah marah , Tengku lar tue peace :) ok lepas mummy Tengku dah lap air mata die , Die terus bagi nasihat dekat Tengku *ingatkan nasihat nak marah tapi lain jadi nya :) Nak tahu ape terjadi ??? tetiba pulak daddy Tengku balik . Dalam hati * Conform nanti daddy pon mesti join mummy bagi nasihat kaw kaw punya . haha Gelak sorang sorang dekat depan pintu  :) Tapi malangnye nasihat entah kemana , terus keluar pergi cari makan ... Dalam hati *syukur amin terlepas akhirnya hahaha :) Sampai ketengah malam pon masih tak bagi nasihat . Kita apa lagi on lappy bukak twitter and chat dengan kawan . Bahagianya dapat hidup macam tue . Eh dah melalut pulak citer nie .. ok Back to our entry , Kawan kawan pulak tak tahu larr rasa lagi teruk menangis die , meraung pon ada kot *mengalahkan mak lampir  kalau dengar citer yang Tengku pergi jauh dari die .. Biasa lar kawan kawanku yang i will always love u * dah macam tajuk lagu Whitney Houstan buat Tengku rasa happy biler bersama die orang , marah pon ada jugak kadang kadang :) By the ways pada siapa yang pernah kena tampar dengan Tengku waktu zaman sekolah terutamanya Syed Fahmi , Tengku mintak maaf banyak banyak . Tengku tampar awak sebab mulut awak tue celupar sangat hahaha mengalahkan KIAH PROPA hahaha ... Tapi kepada kawan kawan Tengku yang kuat berdendam dan benci dengan Tengku suka hati korang lar asalkan kau tak ganggu Keluarga Tengku sudah :) *Creadit to someone , yang lain lain jangan terasa pulak tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah meninggal .

Sebenarnya susah jugak nak pujuk orang yang menangis sebab kita .. Walaupun air mata die tak mengalir tapi hati dia kita tak tahu . Hanya Allah jer tahu hati seseorang yang ditinggalkan .. Begitu juga dengan parent kita walaupun die tahu anak dia dah besar panjang tapi die tetap risau keselamatan anaknya , itulah naluri ibubapa kita :) Tapi kalau adik adik senang jer nak pujuk bagi lolipop yang warna warni tue sumbat mulut die mesti die diam . Budak budakkan suka benda benda manis tapi malangnye Tengku tak ada adik :( macam mana rasanya hidup kalau ada adik ?? best kerr ?? To My parent tak perlu risau PERLIS tue bukan jauh sangat naik flight dah sampai hahah :) and to my friend nanti cuti sem kita boleh jumpa waktu tue apa lagi shopping larr hehehe :) Nanti biler kita semua dah kerja kita pergi holidays sama sama k .. Tapi berkemungkinan biler Tengku dah kerja pon still busy jugak sebab Parents suruh sambung IJAZAH sambil berkerja . I means nanti kerja hari isnin hingga jumaat then sabtu ahad pergi belajar . Mesti penat punya , tak pe lar penat sekarang berbaloi :) betul tak ?? hahaha To my Grandma and auntie kan tempat belajar Tengku dekat dengan kampung so kita boleh jumpa bila bila masa jerr :) Mesti grandma suka kan , ye lar Tengku kan cucu terakhir dalam family mesti lar suka :) Sebelum Tengku pergi sambung belajar Tengku nak peluk and cium orang yang Tengku sayang sampai die tak boleh bernafas hahaha ...Mungkin nie entry yang terakhir untuk bulan nie . Bulan depan Tengku sambung Dengan entry yang baru . Lastly , before Tengku end this entry , to Engku Sophie , Sam mohammed , And Syed Fahmi semoga kita dapat berjumpa lagi hope sangat sangat , korang kawan Tengku sampai biler biler i will always love u guys as my bro hahaha ...Dah jangan nangis lagi , apa apa pon doakan Tengku berjaya didunia dan diakhirat . Tengku pon akan sentiasa doakan korang . Ingat janji kita waktu sekolah dulu dulu tau kita tak akan berpisah walaupun masing masing dah ada kerjaya sendiri . Kan kita pernah berjanji nak pergi LONDON , PARIS and UK sama sama ingat tak ?? tak ingat buat buat ingat :) Apa yang kita hajati pasti akan terjadi pasa masa hadapan . Gud luck to u guys ...
Ok lar Tengku nak packing barang barang nie esok nak bertolak dah . Apa apa pon korang jaga diri elok elok dan USAH KAU RATAPI PEMERGIANKU ...
     
                                                          YOURS SINCERELY


                         TENGKU AREFIFEY TENGKU NAZARUDIN


                                                                          





MY LOVELY PINK

MUMMY AND  DADDY :)




MY BEST FRIENDS EVER

ENGKU SOPHIE SYED MAHADZIR




MY LOVELY PERSONAL ASSISTANT

SYED FAHMI SYED MOKHTAR




MY LOVELY FRIENDS

SAM MOHAMMED













Tuesday 3 July 2012

Pergaduhan Mengajar Erti Persahabatan

Entry kali nie merupakan pengalaman Tengku dengan rakan rakan yang jauh lebih moden dari ZAMAN 2100 .. Kenapa tajuk entry kali nie mengenai pergaduhan ??? sebab pergaduhan yang mengajar kita erti persahabatan yang sebenar ... Sebelum kita merapu dengan lebih jauh lagi izinkan Tengku mengklasifikasi apa maksud SAHABAT ... Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggunjawab terhadap diri kita , tetapi tidak memiliki pertalian darah dengan kita . Dalam erti kata lain sahabat bukan lar dalam kalangan adik beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip persaudaraan adik beradik . Sahabat adalah orang yang banyak memeberi manfaat dan kebaikan kepada kita , dan kita juga begitu .

Sahabat adalah orang yang setiakawan , boleh membantu apabila kita berada dalam keadaan yang susah , dapat meredakan kesedihan kita , menghilangkan kebimbangan kita dan sanggup berjuang demi kebaikan kita . Selain itu juga sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan pandai menutup aib kita . Mereka juga akan sentiasa melindungi kita :) Sahabat tidak semesti memiliki minat dan pendapat yang sama dengan kita , tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya . Sahabat adalah orang orang yang sangat menyanyangi kita kadang kala mereka merupakan penjaga , pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita . Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita . Tengku rasa anda semua mesti tahu apa makna SAHABAT dan KAWAN ??? yang tak tahu buat buat lar tahu yer hehehehe ... Secara jujurnya sukar untuk kita menjaga hubungan kita dengan sahabat kalau kita tak polish hubungan tue tetiap hari lama lama retak pada hubungan tu kita akan nampak .. Seperti permata kalau lama lama tak polish permata ia akan nampak DULL ... Tahu tak DULL tue ape ??? DULL means pudar  kalau nak tahu lagi apa makna DULL buka kamus dewan bahasa muka surat 118 pasti jumpa :) .


Pergaduhan merupakan perkara biasa yang sering terjadi dalam persahabatan tak kira pasal awek ker pakwe kerr or somenthing yang lebih berat dikenali sebagai DENGKI , CEMBURU , dan KHIANAT ... Jika kita dapat buang semua pemikiran negatif terhadap sahabat kita Insyaallah hubungan kita akan berkekalan sampai bila bila :) Macam Tengku sendiri always boleh dikatakan setiap hari bergaduh dengan sahabatku walaupun kita orang duduk sebelah menyebelah didalam kelas yang sama ... Tapi biasa lar bergaduhan dengan sahabat bukan macam kita gaduh dengan musuh 5 minit lepas tue baik balik , siap boleh buat lawak lagi hahah .. Kan betul tak kalau tak cayer cakap dengan Engku Sophie Engku Mahadzir , Samy Jezel and Syed Fahmi Syed Mokhtar :) die orang sahabat yang Tengku sering bergaduh setiap hari setiap masa setiap saat dan setiap detik :) Walaupun kita sering bergaduh tapi hubungan kita orang umpama air yang dicincang tidak akan putus walaupun orang batu api masuk untuk putuskan air tue tapi still air tu tetap mengalir umpama darah dalam badan kita  .... Tapi apa apa pon sebenarnya semua berpunca dari kesalahan Tengku sendiri . Tengku terima seadanya dengan hati yang terbuka demi menjaga hubungan Tengku dengan sahabat Tengku :) 


Akhir kata sebelum Tengku publish entry nie hope u guys semua dapat menerima segala entry entry Tengku dengan hati yang terbuka walaupun entry Tengku tak sehebat entry kamu semua . Tengku masih metah dalam dunia BLOGGER apa apa pon Tengku minda anda semua memberi tunjuk ajar agar Tengku dapat menghasilkan sebuah karya yang berguna pada kita semua :) Dan lagi satu jika kita ada melakukan kesalahan dekat SAHABAT kita masih belum terlambat untuk kita mintak maaf  sebelum AJAL kita sampai . Kita tak tahu bila kita akan mati itu semua ketentuan TUHAN ... Ingat kesalahan kita dengan tuhan dapat diampun dengan berdoa kepadaNYA tapi kesalahan kita dengan manusia adalah dengan meminta maaf kepada agar dia dapat memaafkan kita dengan hati yang terbuka :) AMIN 





SAHABATKU NYAWAKU HIDUPKU :)

Monday 2 July 2012

Berhargakah Setitis Air Mata Ibu ???

Hallo guys panjang jugak umur Tengku kerana dapat melahirkan sebuah lagi entry yang penuh bermakna bagi kita semua , Tengku bukan nak berseniteron 630 episode ala ala indonesia ya dekat sini tapi ingin meluahkan perasaan seorang ibu yang banyak berjasa pada kita semua walaupun perkataan IBU , MUMMY , MOM , UMMI , Dan EMAK tue pendek tapi maksudnya sungguh mendalam bagi seseorang yang bergelar PEREMPUAN@WANITA BUKAN BETINA lain maksudnya disitu :) ...

Tak semua perempuan sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang IBU sebab ape tak sanggup sebab mereka lebih mementingkan kerjaya dari keluarga . MALANG kepada lelaki yang dapat perempuan macam tue . Berbalik kepada tajuk entry kali nie , kenapa saya cakap air mata IBU sangat mahal ??? nak tahu ??? susah nak dapat ibu yang betul betul ambil berat tentang kita kerana setiap kali selepas SOLAT Tengku always lihat My MUMMY menangis sewaktu mintak doa kepada YANG MAHA ESA .. Jangan cakap Tengku anak derhaka ok .. sebab kita tak tahu apa yang diminta ibu kita :) . Air Mata ibu kita ada kuasa tau yang membolehkan kita jadi ANAK DERHAKA .. Sekali Air Mata ibu kita jatuh kebumi disebabkan dia kesal dengan kita , kita terus jadi Anak Derhaka . Tengok bertapa kuasanya air mata ibu kita ... Tapi orang zaman sekarang bagi die orang tak penting IBU JADI NO 2 KEKASIH NO 1 dia ingat kekasih tue kot yang mengandungkan die 9 bulan . Dia tak tahu ker yang semasa ibu melahirkan kita , IBU kita 50-50 hidup atau mati ... Dah besar dia pijak kepala ibu dia maki and hina ibu dia yang sudah uzur lagi tak bermaya ... Bayangkan kalau ibu kita tahu perkara itu akan terjadi mesti waktu kita dalam perut ibu , ibu kita makan banyak nenas sebab nak gugurkan kandungannya sebab die tak sanggup anaknya jadi anak DERHAKA ... Tapi apa boleh buat semua tue kuasa ALLAH S.W.T .. Ibu kita terpaksa akur tapi walaupun dihina dimaki dia tetap bersabar dan tahan air mata supaya jangan jatuh kebumi . IBU mana nak anaknya jadi anak DERHAKA ??? cuba citer ada kerr ??? tak ada kan .. Kita marah kalau Ibu kita yang uzur lagi tak bermaya nak bangun suruh buang najisnya . Tapi pernah tak kita ingat waktu kita kecik kecik dulu siapa yang buang najis kita ??? hantu ?? Ibu kita yang buangkan di sanggup tahan bau najis yang baunya hanya ALLAH jer tahu ... Cuba kita renung renung kan dekat rumah orang orang tua sekarang nie ramai parent yang ada anak tapi mereka hantar ibubapa mereka dekat situ sebab tak larat nak jaga mereka yang banyak merungut ... Boleh dikatakan anak yang TAK KENANG JASA . Sewaktu kita kecil kita merungut nak susu , walaupun ibu kita busy tapi die tetap buatkan susu untuk kita .. Kalau lar ibu kita tahu yang dia akan dihantar ke rumah orang orang tua sebab alasan kuat merungut mesti waktu kita kecik die suruh kita sendiri pergi buat susu sendir ... Harap harap perkara tersebut tidak berlaku pada kita semua  Nauzubillah min zalik .... Kepada sesiapa yang baca entry Tengku kali nie hope u guys sedar dan kembali kepangkal jalan . Walau apa apa pon yang Tengku tulis , Tengku akan ambik sedikit sebanyak untuk diri Tengku :) tak guna kalau kita tulis untuk orang lain tapi diri sendiri tak ambik iktibar dengan apa yang kita tulis :) Pesanan terakhir Tengku untuk entry kali nie hope sangat sangat u guys jumpa your mum and mintak maaf atas segala yang pernah kita lakukkan secara tak perasan atau pun yang kita perasan . Buat dengan hati yang ikhlas kerana dengan hati yang ikhlas pasti ALLAH mengampunkan segala dosa kita kepada ibu kita . Ingat syurga seseorang anak terletak ditelapak kaki ibunya  :) IBU IBU ENGKAULAH RATU HATIKU 




SEGALANYA BERMULA DENGAN WANITA YANG KU PANGGIL IBU :)

Kenangan 2011

              Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ... Akhirnya petang yang sejuk begini macam dekat London gitu hahaha .. Dapat jugak Tengku melahirkan sebuah entry yang boleh dikatakan kenangan dalam hidupku :)  TAK PAYAH NAK KENANGAN SANGAT LARR... Pada tahun 2011 lalu waktu muda muda zaman Mariah Carey belum jadi penyanyi terkenal lagi , merupakan tahun yang penuh dengan Fireworks lar kata orang putih .. Mana tak nya tahun terakhir SAYA menjadi pelajar sekolah walaupun pada masa tue tidak menanggap diri sebagai pelajar sekolah sebab datang sekolah bukan nak belajar tapi nak main dengan kawan kawan sekepalaku yang gila gila macam orang gila tepi jalan tapi jauh lebih gila dari orang Tanjung Rambutan hahaha ... JANGAN MARAH NANTI KENA JUAL !!! Tapi kalau jual pon tak laku opss ... Pada tahun tersebut merupakan tahun perjuangan bagi manusia yang lahir pada tahun 1994 untuk perperang sampai mati semata mata nak dapatkan sehelai kertas putih dengan cetakan computer yang bertajuk SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ... Tengok betapa pentingnya kertas putih yang  boleh dibeli dikedai tepi jalan dengar harga 10 sen tapi nak dapatkan TITTLE SPM tue yang susah macam mencari semut dalam tanah .. Mesti pelajar SPM tahun tue sanggup tahan berak selama 1 tahun kerana takut nak menjawab soalan SPM yang hanya dijawab sekali seumur hidup . Bagi sesetengah pelajar hanya bermain dadu jer nak jawab soalan bak kata die orang senang macam makan epal .. Senang die orang cakap aku yang satu badan macam orang kena serang PARKINSON senang kau cakap !!! Nie nak marah nie !!!! .. Ok berbalik pada entry kita balik , pada tahun yang sama saya dan kawan kawan diberi penghargaan buat kali terakhir untuk membuat satu persembahan sempena  MBS SENTUL 75th ANNIVERSARY GALA DINNER (1936-2011) kerana pada tahun yang sama sekolah Tengku telah mencecah 75 tahun . Sama umur dengan nenek belah daddy Tengku :) walaupun tua tapi sekolah tetap tersegam indah macam Burj Khalifa dekat DUBAI ... Kita orang semua disuruh buat tarian joget ala ala orang Johor gitu  tapi dah macam orang asli jadinya :) Walau bagaimana pun kita orang diberi masa tak sampai sebulan  untuk memperfectkan tarian tue seperfectnya walau pun ada yang masih keras macam kayu api yang sedia untuk dibakar hahaha ... Alhamdulillah dengan kuasa ALLAH S.W.T pada masa tu tarian kita orang jadi macam orang yang berlatih 2 tahun plus plus ... Sangat cantik bak Puteri Gunung Ledang turun mengadap Sultan Melaka dalam cerita dongeng orang orang tua yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas ... Tidak disangka sangka dengan hati yang terbuka saya memberanikan diri untuk menari bersama VVIP yang berada dimeja hadapan stage tue . Dalam hati mengutuk VVIP tue pandai ker die menari ?? rupa rupanya pandai jugak die menari tapi ala ala orang tua sebab die pon dah berumur hahaha  :) Pada waktu yang sama dengan mata yang merah macam dracula tak dapat darah 5 tahun tetiba jer sportlight yang besar macam bulan jatuh keriba tue menghala dekat saya , silau dibuatnya rasa macam nak maki orang yang jaga sportlight tue tapi takut nanti VVIP yang joget dengan saya terasa pulak yang saya maki dia , tak pasal pasal kasut 7 inci melekat dekat muka :) Apa apa pon banyak kenangan yang indah pada Tahun 2011 yang tak dapat dilupakan oleh saya walaupun banyak yang dah lupa hahaha ... Bak kata pepatah kenangan yang manis kita simpan , kenangan yang pahit kita jadikan teladan :) Rasa nye dah panjang lebar saya kongsi kisah yang tak best bagi anda tapi berguna bagi saya . Cukup lar sampai disini takut takut nanti melalut sampai nun jauh ke Sulawesi :)










About Tengku AReFiFey Tengku NAZArudin ...




  




Hey, this is my homepage, so I have to say something about MYSELF Sometimes it is hard to introduce yourself because you know yourself so well that you do not know where to start with. Let me give a try to see what kind of image you have about me through my self-description. I hope that my impression about myself and your impression about me are not so different. Here it goes.

I am a person who is positive about every aspect of life. There are many things I

 like to do, to see, and to experience. I like to read, I like to write; I like to 

think, I like to dream; I like to talk, I like to listen. I like to see the sunrise in the 

morning, I like to see the moonlight at night; I like to feel the music flowing on 

my face, I like to smell the wind coming from the ocean. I like to look at the 

clouds in the sky with a blank mind, I like to do thought experiment when I 

cannot sleep in the middle of the night. I like flowers in spring, rain in summer,

 leaves in autumn, and snow in winter. I like to sleep early, I like to get up late; I

like to be alone, I like to be surrounded by people. I like country’s peace, I like

 metropolis’ noise; I like the beautiful west lake in Hangzhou, I like the flat 

cornfield in Champaign. I like delicious food and comfortable shoes . I like good

 books and romantic movies. I like the land and the nature, I like people. And, I 

like to laugh !!! There have so many thing i like to do in this world i will make a list for u :)
I think it's enough to u guys know about me .. How about u ??  it will interesting than me right :) HUMBLE ?? That me ^_^





Sunday 1 July 2012

Simpati Seekor Lipas

Syukur pada yang Maha Esa kerana saya dapat melahirkan entry ke-2 pada bulan nie . Mula mula mesti lar kene bersyukur jangan tahu redah jer . Sekali tuhan tarik nikmat yang ada pada kita baru tahu haha ... Walaupun saya tahu saya tak sehensem Perdana Menteri caption paling bangang dalam facebook  . Kenapa entry kali nie agak jijik sikit sebab memang FAKTA semua orang mesti geli tengok lipas kan . Sama lar kita boleh jadi adik beradik SETUJU ??? hope u guys tak setuju :) Walaupun lipas tue menjijikkan tapi lipas pon ciptaan tuhan jugak . Tak baik cakap lipas jijik huhu . Kita semua selalu nampak lipas dekat kedai MAMAK nampak tak mamak tu saya besarkan sebab memang betul . Rasa loya bila tengok die jalan dekat atas lantai kedai mamak waktu kita tengah makan ... Hope dia tak masuk dalam kuah roti canai hahaha ... Jangan cakap lipas jer ada dekat kedai MAMAK tapi sekutu rapat dia pon ada , abg kepada lipas nak tahu tak ape ??? tak tahu kan ofcourse lar TIKUS .. Geli tak ?? mesti ada yang dah muntah kan sekarang . Muntah lar selagi boleh muntah .. 

          Lipas pon ada jugak rumah eh dah sama macam kita pulak lipas nie  , Lipas lagi kaya dari kita sebab die banyak rumah  , Examples KEDAI MAMAK , Tepi Jalan , Tandas Dan kadang kadang dia menumpang dekat rumah kita sampai ada yang dah buat hak milik sendiri habis 7 keturunan dia angkut dekat rumah kita . Rumah saya tak ada tapi rumah awak semua ??? hanya tuhan jer tahu .. Jangan marah sekadar gurauan jer :)  Sampai orang sanggup sumpah seranah dekat lipas nak tahu tak ape yang dia sumpah ??? Dia cakap 7 keturunan lipas akan dia hapuskan ... Alar cakap jer berani sekali lipas terbang dekat dia mengalahkan monyet panjat pokok , semua dia panjat nasib baik pokok tak ada dalam rumah kalau tak , hurmm hanya tuhan jer tahu hahaha :) .. Pertubuhan Ghostbuster dah ada esok mesti Pertubuhan Cockroachbuster pulak ditubuhkan .. hahah melalut sudah :)
Apa apa pon kalau anda diluar sana nampak lipas jangan pukul tapi bagi nasihat dulu kalau lipas tue tak dengar terus bagi terajang kan settle masalah ^_^ Jangan guna aerosol bahaya pulak alam sekitar kita nanti . Kan aerosol boleh menyebabkan lapisan ozon kita nipis . Ingat tak waktu belajar sains sekolah rendah ?? mesti dah lupa punya :) . Tapi sesetengah orang suka makan lipas . Wuekss nak mutah rasa ... Bagi orang cina dia kata lipas tu ubat .. Ubat untuk penyakit apa pon tak tahu ?? mental kot hahaha ..Apa apa pon Selamat Mencuba Lipas Goreng !!!





Air Mataku :')


              Alhamdulillah akhirnya dapat jugak tajuk entry yang sesuai . Berdebar jantung hanya tuhan jer tahu sebab tak lama lagi nak sambung belajar dekat Arau Perlis . Lingkungan 500 kilometer plus plus dari rumah ... Seperti yang semua orang tahu teardrop@air mata sangat berharga tapi menangis jugak waktu keluar dari rahim ibu , hahahaha . Berbalik pada entry kita , setiap kali teringgat Arua Perlis mesti air mata saya jatuh sebab ape ??? saya sendiri pon tak tahu . Mengikut firasat tukang tilik lorang 2 jalan Bangsar kata sebab tak lama lagi saya akan kehilangan separuh dari jiwa raga saya semasa berada disana .. Saya pon balik dan fikir giler ker apa tukang tilik nie baru terlepas dari Hospital Tanjung Rambutan ker ??? kehairanan ... Selepas 68 jam berfikir baru saya teringat apa yang dimaksudkan tukang tilik tue . Rupa rupanya saya akan berpisah dengan parents saya dan kawan kawan sejatiku nun jauh di tengah tengah Malaysia ... Apa perasaan awak semua jika orang yang awak cintai dan sayangi tinggalkan awak ??? menangis tak . Mesti menangis punya macam orang giler kan . haha :) bunyinye kalah macam tarzan dekat hutan .. 

              Biasa lar , siapa tak menangis adat kehidupankan orang yang ditinggalkan pasti menangis tapi redha jer lar .. Walaupun saya tahu air mata kita berharga tapi tetap tak boleh tahan sebaknya kalau jual air mata saya mesti mahal dari harga emas . huhuhu :) Seumur hidup saya tak pernah berpisah dengan parent walaupun orang kata dah besar panjang macam buluh tapi tetap hatiku rasa berat nak berpisah . Pada masa yang sama jugak bukan berpisah dengan parent jer tapi dengan My BFF lagi lar air mata emas saya nie jatuh macam bayi mintak susu :'( tapi bila teringat balik ini lar masanye saya berdikari . Tak salahkan kalau kita berkorban nyawa demi berperang dekat Perlis . hahah bukan semua orang berani buat macam saya nak angkat senjata pon tak reti  . Hahaha tapi tak pe saya terima dengan hati terbuka demi masa depan anak dan cucu cicit serta anak kepada cicit :) . 

                 Apa apa pon yang terjadi dekat muka bumi yang indah lagi rupawan nie telah diatur oleh Tuhan Maha Esa ingat tue . Lagi satu jangan kita bazirkan air mata kita yang jernih macam mutiara dilautan pasifik dengan perkara yang membuang masa . Redha dengan apa yang berlaku dan setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya .  Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. Dah macam ustaz rasanya :)




BEST FRIENDS FOREVER :)


                                                        FROM LEFT TO RIGHT : SYED FAHMI SYED MOKHTAR , SAMY JEZEL , ENGKU SOPHIE SYED MAHADZIR AND TENGKU AREFIFEY TENGKU NAZARUDIN ...